Portal Rasmi SMK Labis, Segamat, Johor, Malaysia
Pengetua SMKL

Puan Hajjah Muriatun Mohd Said

Hjh. Muriatun Mohd Said
Pengetua
DG52 
SMK Labis
 

Kedudukan Portal
Laman Popular Daerah Segamat Laman Popula
Di Talian Sekarang
Ada 15 tetamu di talian

Stumbleupon

FlickrSMKL

Bookmark and Share

Seminar Kerjaya Sehari
Penulis: NORLIZA RANI   
Jul 29, 2010 at 09:04 PM

Unit Kaunselling SMK Labis dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Segamat telah menganjurkan Seminar Kerjaya Sehari khusus untuk pelajar Tingkatan 5.  Dalam seminar tersebut, para pelajar telah menerima pelbagai input yang amat berguna untuk merangka halatuju kerjaya selepas tamat SPM nanti.  Antara input yang diterima ialah mengenai Kumpulan Pendidikan YPJ, SSPN, Kerjaya dan Keluarga serta IKBN.

Gallery

Program Bulan Patriotisme 2010
Penulis: MOHAMAD HAIRI BIN ABDUL AZIZ   
Jul 26, 2010 at 11:02 AM

Bermula 26 Julai 2010, pelancaran Program Bulan Patriotisme telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Muriatun binti Mohd Said.  Majlis ini diserikan dengan persembahan tarian rampai 1Malaysia oleh para pelajar Pendidikan Khas dan perarakan masuk bendera oleh unit beruniform kadet polis.  Pelancaran ini diakhiri dengan nyanyian lagu- lagu patriotik.

Gallery

PKSM 2
Penulis: MOHAMAD HAIRI BIN ABDUL AZIZ   
Jul 26, 2010 at 10:57 AM

PKSM 2 bermula pada 26 Julai hingga 28 Julai 2010 bagi menguji tahap pencapaian para pelajar tingkatan peralihan hingga 6 atas dalam bidang akademik.  Semoga semua para pelajar bersedia bagi menghadapi PKSM 2.  Selamat maju jaya.

 

Sorotan Julai 2010
Penulis: NORLIZA RANI   
Jul 25, 2010 at 10:48 PM

 

13 julai 2010 - ceramah halatuju kerjaya

Disampaikan oleh En. Hairol Azmi bin Abdullah.Ceramah dihadiri oleh pelajar Tingkatan 5C dan 5D.

15 JULAI 2010 CERAMAH TEKNIK MENJAWAB - BAHASA INGGERIS SPM

Ceramah disampaikan oleh Pn. K. Valliamah, salah seorang Guru Cemerlang Daerah Segamat.

15 JULAI 2010 - CERAMAH MAKLUMAT ASAS PERGIGIAN

Ceramah disampaikan oleh Dr. Ratna Marpaung dari Klinik Pergigian Labis.Semua pelajar Tingkatan 2 dan 4 terlibat dalam sessi ceramah ini.

24 Julai 2010 Ceramah Motivasi pelajar Cina

Dianjurkan oleh Panitia Bahasa Cina.

24 julai 2010 - Program perkasa bermula

Program Perkasa untuk pelajar PMR, SPM dan STPM telah mula berjalan mengikut jadual. Gambar sebahagian pelajar Tingkatan 3 yang terlibat.  Adakah anak-anak anda hadir?

27 JULAI 2010 - CERAMAH TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM PMR

Lihat Gallery

 

Gerak Gempur PMR
Penulis: MOHAMAD HAIRI BIN ABDUL AZIZ   
Jul 21, 2010 at 07:48 AM

Program peningkatan akademik bagi pelajar- pelajar PMR telah dilaksanakan mulai 21 Julai hingga 23 Julai 2010.  Semoga program ini dapat meningkatkan pencapaian para pelajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar PMR.

<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>