Portal Rasmi SMK Labis, Segamat, Johor, Malaysia
Pengetua SMKL

Puan Hajjah Muriatun Mohd Said

Hjh. Muriatun Mohd Said
Pengetua
DG52 
SMK Labis
 

Kedudukan Portal
Laman Popular Daerah Segamat Laman Popula
Di Talian Sekarang
Ada 16 tetamu di talian

Stumbleupon

FlickrSMKL

Bookmark and Share

Kursus Menjawab Soalan Geografi STPM Daerah Segamat
Penulis: MOHAMAD HAIRI BIN ABDUL AZIZ   
Apr 06, 2009 at 10:32 AM

Kursus ini telah diadakan pada 4 April 2009 yang melibatkan pelajar- pelajar tingkatan 6 dari SMK Labis, SMK Dato' Bentara Dalam, SMK Buloh Kasap, dan SMK Chaah.  Kursus ini bertujuan untukmemberikan pendedahan kepada para pelajar.  Kursus ini telah disampaikan oleh 2 orang guru yang berpengalaman. 

SMK Labis ke-4 Terbaik Segamat
Penulis: Hafizul Bin Abd Ghani   
Apr 04, 2009 at 07:27 PM

Pada 02 -03 April 2009, bertempat di SMK Agama Segamat, telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar MSSM, Daerah Segamat, Johor,  bagi kategori L18 dan P18. Pasukan SMK Labis telah mengambil bahagian bagi ketegori P18 dan diundi dalam kumpulan C bersama dengan pasukan SMK Tenang Stesen dan SMK Palong Timur. Di peringkat kumpulan, pada perlawanan pertama SMK Labis telah menewaskan pasukan SMK Tenang Stesen 2 set tanpa balas.

images/stories/bt18.jpg

Latihan Bola Sepak L15 dan L18 SMK Labis
Penulis: Hafizul Bin Abd Ghani   
Apr 02, 2009 at 11:26 PM

Bemula 02 April 2009, latihan pusat bola sepak bagi pasukan Lelaki-15 dan Lelaki-18 akan diadakan di padang MDSS Labis bermula jam 5.00 petang setiap hari. Latihan pusat ini bertujuan sebagai persiapan rapi pasukan SMK Labis bagi menyertai Pertandingan MSSM Segamat yang akan diadakan 15,16,17 dan 18 April bagi L18 bertempat di SMK Moakil. Nagi L-15 pula, akan diadakan pada 23,24 dan 25 April 2009. 

Pelancaran Bulan Bahasa SMK Labis
Penulis: Hafizul Bin Abd Ghani   
Mar 30, 2009 at 11:33 PM

Pada 30 Mac 2009, telah berlangsung Pelancaran Bulan Bahasa SMK Labis bagi tahun 2009. Pelancaran ini dirasmikan oleh Penolong Kanan 1, Tn. Haji Anuar Embong dengan diserikan lagi dengan edaran bunga telur dan juga menjamah pulut kuning. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena bulan bahasa ini.  Laporan lanjut akan menyusul.

Mesyuarat Agung PIBG 2009
Penulis: Hafizul Bin Abd Ghani   
Mar 28, 2009 at 11:01 AM

28 Mac 2009 - 2.00 pm, bertempat di Dewan SMK Labis, telah diadakan  mesyuarat Agung PIBG 2009. Mesyuarat kali ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa merangkap perasmi majlis tersebut. Tetamu istimewa tersebut adalah Y.B Chua Tee Yong, ahli Parlimen kawasan Labis. Upacara perasmian ini diserikan dengan upacara menanam pokok bunga oleh Y.B  Chua.          
 
    images/stories/pibg1-240.jpg    images/stories/pibg2-240.jpg

Dalam mesyuarat PIBG ini juga disertakan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2008 oleh Y.B Chua

<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>