Portal Rasmi SMK Labis, Segamat, Johor, Malaysia
Pengetua SMKL

Puan Hajjah Muriatun Mohd Said

Hjh. Muriatun Mohd Said
Pengetua
DG52 
SMK Labis
 

Kedudukan Portal
Laman Popular Daerah Segamat Laman Popula
Di Talian Sekarang
Ada 5 tetamu di talian

Stumbleupon

FlickrSMKL

Bookmark and Share

Majlis Khatam Al-Quran
Penulis: MOHAMAD HAIRI BIN ABDUL AZIZ   
Sep 03, 2010 at 10:36 AM

"Bersama Menghayati Keagungan Al-Quran" merupakan tema Majlis Khatam Al-Quran yang disempurnakan pada 3 September 2010 oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Muriatun binti Mohd. Said. Majlis dimulai dengan aluanan Zikir Munajat dan Asma Ul-Husna diikuti oleh majlis Khatam Al-Quran para pelajar . Seterusnya Doa Khatam Al-Quran oleh Encik Syahrul bin Mohamed dan diikuti persembahan nasyid oleh para pelajar.

 

images/stories/nasyid smkl alikhwan.jpg

Klik Video1  Lagu Sepohon Kayu dan Damai yang Hilang http://www.youtube.com/watch?v=pelvvFcZFhM

klik link video 2 persembahan nasyid----->http://www.youtube.com/watch?v=iocOj3vhGIM

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010
Penulis: Hafizul Bin Abd Ghani   
Aug 31, 2010 at 06:05 AM

30 Ogos 2010, bertempat di dataran perhimpunan SMK Labis, Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 SMK Labis, telah disempurnakan dengan jayanya oleh Tuan Pengetua SMK Labis, Pn Hajjah Muriatun bt. Mohd Said. Majlis ini didimulakan dengan pesembahan nyanyian oleh juara pertandingan nyanyian lagu patriotik Menengah Atas 6R2. Persembahan yang mantap telah memukau semua yang hadir.

klik utk lihat video http://www.youtube.com/watch?v=C4nW2m2Rjbk

klik utk baca penuh (koleksi gambar)

images/stories/6r2.jpg

Sambutan Hari Kebangsaan
Penulis: MOHAMAD HAIRI BIN ABDUL AZIZ   
Aug 30, 2010 at 10:13 PM

Warga SMK Labis mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Kali ke-53 kepada semua rakyat Malaysia. Hayatilah perjuangan kemerdekaan ini melalui " 1Malaysia Menjana Transformasi "

Kempen Ramadan Feed the Fasting
Penulis: NORLIZA RANI   
Aug 25, 2010 at 10:50 PM

Peluang untuk beramal.  Islamic Relief Malaysia sekali lagi menganjurkan Kempen Ramadhan Kembali lagi...Bantulah Mereka Berbuka Puasa atau  `Ramadhan Feed The Fasting` Ia adalah program amal pengagihan pek makanan keperluan harian kepada golongan fakir miskin dan juga golongan yang kurang berkemampuan. Ia bertujuan untuk meringankan beban golongan tersebut bagi menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Klik gambar untuk terus ke laman web berkenaan.

IRM Feed the Fasting

Maklumat berikut dipetik dari laman web IRM.

Majlis Yassin Dan Tahlil Sempena Ramadhan
Penulis: Hafizul Bin Abd Ghani   
Aug 21, 2010 at 07:21 AM

Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak SMK Labis menganjurkan Majlis Yassin Dan Tahlil. Majlis ini diadakan pada setiap hari Jumaat jam 7.10-7.50 am (waktu BAQ). Di samping beramal, peserta juga dapat mengisi masa di bulan Ramadhan ini dengan aktiviti yang baik. Pada masa yang sama pihak Surau Al Fallah sedang menumpulkan dana dan sumbangan dari orang ramai bagi menampung kos pembinaan bilik air di surau Al Fallah. Pihak yang sudi memberi sumbangan bolehlah berurusan dengan pihak SMK Labis atau di alamat

<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>