"Bersama Menghayati Keagungan Al-Quran" merupakan tema Majlis Khatam Al-Quran yang disempurnakan pada 3 September 2010 oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Muriatun binti Mohd. Said. Majlis dimulai dengan aluanan Zikir Munajat dan Asma Ul-Husna diikuti oleh majlis Khatam Al-Quran para pelajar . Seterusnya Doa Khatam Al-Quran oleh Encik Syahrul bin Mohamed dan diikuti persembahan nasyid oleh para pelajar.
30 Ogos 2010, bertempat di dataran perhimpunan SMK Labis,
Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 SMK Labis, telah disempurnakan dengan
jayanya oleh Tuan Pengetua SMK Labis, Pn Hajjah Muriatun bt. Mohd Said. Majlis
ini didimulakan dengan pesembahan nyanyian oleh juara pertandingan nyanyian
lagu patriotik Menengah Atas 6R2. Persembahan yang mantap telah memukau semua
yang hadir.
Warga SMK Labis mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Kali ke-53 kepada semua rakyat Malaysia. Hayatilah perjuangan kemerdekaan ini melalui " 1Malaysia Menjana Transformasi "
Peluang untuk beramal. Islamic Relief Malaysia sekali lagi menganjurkan Kempen Ramadhan Kembali lagi...Bantulah Mereka Berbuka Puasa atau `Ramadhan Feed The Fasting` Ia adalah program amal pengagihan pek makanan keperluan harian kepada golongan fakir miskin dan juga golongan yang kurang berkemampuan. Ia bertujuan untuk meringankan beban golongan tersebut bagi menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Klik gambar untuk terus ke laman web berkenaan.
Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak SMK Labis menganjurkan Majlis Yassin Dan Tahlil. Majlis ini diadakan pada setiap hari Jumaat jam 7.10-7.50 am (waktu BAQ). Di samping beramal, peserta juga dapat mengisi masa di bulan Ramadhan ini dengan aktiviti yang baik. Pada masa yang sama pihak Surau Al Fallah sedang menumpulkan dana dan sumbangan dari orang ramai bagi menampung kos pembinaan bilik air di surau Al Fallah. Pihak yang sudi memberi sumbangan bolehlah berurusan dengan pihak SMK Labis atau di alamat